Kuala Lumpur
Mon - Fri : 8.30 am - 5.30 pm

SEJAHTERA TAX ACCOUNTANTS SDN. BHD.

Peranan Pengarah Syarikat Dan Implikasi Ketidakpatuhan

Kebanyakan pengarah-pengarah syarikat kategori PMKS masih belum jelas sepenuhnya tanggungjawab mereka kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan. Artikel ini akan berkongsi tips/panduan untuk membantu usahawan terutama dalam kategori PMKS.

1. SSM – Akta Syarikat 2016

Peranan Pengarah:

  • Menyimpan rekod statutori & daftar syarikat.

  • Menyerahkan simpan Laporan Tahunan & Penyata Kewangan Beraudit.

  • Memastikan syarikat patuh kepada Akta Syarikat 2016.

  • Memastikan mengemaskini "Beneficial Ownership" (BO) apabila berlaku pertukaran, penambahan atau pengurangan dalam struktur pemegang saham syarikat.

Implikasi Tidak Patuh:

  • Denda kewangan kepada syarikat & pengarah.

  • Diskualifikasi sebagai pengarah (larangan pegang jawatan).

  • Syarikat boleh dibubarkan secara paksa.

2. LHDNM – Akta Cukai Pendapatan 1967

Peranan Pengarah:

  • Lapur Borang Nyata Cukai (Form C) & bayar cukai syarikat tepat masa.

  • Bayar Anggaran Cukai (CP204) setiap bulan.

  • Pastikan Potongan Cukai Berjadual (PCB) pekerja dibuat.

  • Mengemukakan Boranag E setiap tahun dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Patuhi pelaksanaan E-Invoice sekiranya syarikat anda telah memenuhi ambang pendapatan yang telah digariskan.
  • Simpan rekod perakaunan & kewangan yang lengkap berkaitan percukaian sekurang-kurangnya bagi 7 tahun terakhir.

Implikasi Tidak Patuh:

  • Penalti lewat bayar & penalti tambahan.

  • Audit & siasatan cukai, kemungkinan tindakan jenayah cukai.

  • Liabiliti peribadi pengarah jika berlaku penipuan cukai.

3. KWSP – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Peranan Pengarah:

  • Daftar syarikat & pekerja dengan KWSP.

  • Potong caruman KWSP pekerja & bayar tepat waktu.

  • Pastikan caruman mengikut kadar yang ditetapkan.

Implikasi Tidak Patuh:

  • Denda & faedah lewat bayar.

  • Tindakan undang-undang terhadap syarikat & pengarah.

  • Nama syarikat/pengarah disenarai hitam.

4. PERKESO – Akta Keselamatan Sosial Pekerja

Peranan Pengarah:

  • Daftar syarikat & pekerja dengan PERKESO.

  • Buat caruman bulanan untuk pekerja.

  • Melaporkan kemalangan pekerja dengan segera jika berkenaan..

Implikasi Tidak Patuh:

  • Denda sehingga RM10,000 atau penjara.

  • Pengarah boleh dipertanggungjawabkan secara peribadi.

5. Jabatan Buruh – Akta Kerja 1955

Peranan Pengarah:

  • Mematuhi syarat kontrak kerja & peraturan minimum (gaji, cuti, waktu kerja).

  • Bayar gaji pekerja mengikut masa & kadar minima.

  • Sediakan persekitaran kerja yang selamat & adil.

Implikasi Tidak Patuh:

  • Denda & penalti bawah Akta Kerja 1955.

  • Tindakan undang-undang daripada Jabatan Tenaga Kerja.

  • Menjejaskan reputasi syarikat & boleh menyebabkan saman sivil.

📲 Untuk konsultasi percuma, WhatsApp kami terus di +60 13-205 6139
👉 Lebih pantas & mudah!

  • Hits: 15

Call Us Now For Free Consultation!

SEJAHTERA TAX ACCOUNTANTS SDN. BHD. (1632862-P)
2747A Jalan Changkat Permata,
Taman Permata, Hulu Kelang,
53300 Kuala Lumpur.