Kuala Lumpur
Mon - Fri : 8.30 am - 5.30 pm

SEJAHTERA TAX ACCOUNTANTS SDN. BHD.

Tips Jimat Cukai Syarikat – Sah & Diiktiraf LHDN

Ramai pemilik syarikat kecil dan sederhana (PMKS) risau dengan beban cukai setiap tahun.Hakikatnya, ada banyak cara untuk menjimatkan cukai secara sah di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Artikel ini akan kongsikan beberapa tips mudah & praktikal yang boleh diamalkan oleh syarikat anda.

1. Tuntut Semua Perbelanjaan Yang Dibenarkan

LHDN benarkan syarikat menolak kos operasi yang berkaitan dengan bisnes. Contoh:

  • Gaji pekerja & caruman KWSP

  • Sewa pejabat, utiliti & internet

  • Kos marketing & promosi

  • Yuran audit & setiausaha syarikat

💡 Tip: Simpan semua resit & invois untuk elak ditolak semasa audit.


2. Manfaatkan Elaun Modal (Capital Allowance)

Jika syarikat beli aset seperti komputer, mesin atau kenderaan untuk kegunaan bisnes, kos ini boleh dituntut sebagai elaun modal. Ia mengurangkan keuntungan bercukai anda dari tahun ke tahun.


3. Gunakan Potongan Berganda (Double Deduction)

Kerajaan beri insentif potongan berganda untuk kos tertentu, contohnya:

  • Latihan pekerja

  • Aktiviti penyelidikan & pembangunan (R&D)

  • Promosi eksport

Maknanya, jika syarikat belanja RM10,000 untuk latihan pekerja, anda boleh tuntut RM20,000 sebagai potongan cukai.


4. Tuntut Potongan Derma & Sumbangan

Syarikat boleh dapat potongan cukai untuk sumbangan kepada badan kebajikan atau institusi yang diluluskan oleh LHDN. Pastikan ada resit rasmi.


5. Rancang Tahun Kewangan Dengan Bijak

Ada syarikat sengaja laraskan tarikh tutup akaun (financial year end) supaya lebih strategik untuk cukai. Contoh: jika bisnes baru sahaja bermula, boleh pilih tempoh kewangan lebih pendek untuk kurangkan beban cukai awal.


6. Guna Khidmat Ejen Cukai Berlesen

Ramai pemilik syarikat rugi kerana tidak tahu semua insentif ini. Dengan ejen cukai berlesen, anda akan:

  • Elak terlebih bayar cukai,

  • Dapat panduan tuntutan yang sah,

  • Patuh sepenuhnya dengan undang-undang LHDN.


Kesimpulan

Menjimatkan cukai syarikat bukan bermaksud “lari cukai”. Ia tentang menggunakan semua potongan, elaun & insentif yang sah. Dengan rekod yang lengkap & nasihat daripada profesional, syarikat anda boleh kurangkan beban cukai dan tingkatkan keuntungan.

👉 Serahkan urusan cukai kepada Sejahtera Tax Accountants Sdn. Bhd. – Ejen Cukai Berlesen dengan lebih 15 tahun pengalaman.

📲 Untuk konsultasi percuma, WhatsApp kami terus di +60 13-205 6139
👉 Lebih pantas & mudah!

  • Hits: 13

Call Us Now For Free Consultation!

SEJAHTERA TAX ACCOUNTANTS SDN. BHD. (1632862-P)
2747A Jalan Changkat Permata,
Taman Permata, Hulu Kelang,
53300 Kuala Lumpur.